Sebelum ini kami berkongsi sebilangan informasi berkenaan permainan kad seterusnya oleh Valve, iaitu Artifact yang mana mereka mempertontonkan bentuk dan mekanik permainan.

Kini, Valve akhirnya berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu pada 28 November ini di PC, Mac dan Linux. Mereka juga akan melancarkan versi permua buat Android dan iOS pada tahun hadapan. Permainan tersebut akan dijual dengan harga $19.99(~RM82). Semestinya Artifact akan tiba di platform Steam.

Artifact adalah sebuah permainan kad berdasarkan kepada francais Dota yang turut dimiliki oleh Valve dimana ia memfokuskan bentuk pertempuran seperti Dota 2, dengan mempunyai 3 laluan, di mana setiap laluan akan mempunyai giliran dan nyawa tersendiri. Permainan kad ini juga akan memfokuskan bentuk kompetitif dan multi-pemain tanpa sebarang penceritaan solo.

Sohor Kini