Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Baru DLC Xenoblade Chronicles 2: Torna – The Golden Country Memperlihatkan Watak Shulk Dan Fiora

Trailer Baru DLC Xenoblade Chronicles 2: Torna – The Golden Country Memperlihatkan Watak Shulk Dan Fiora

Diterbitkan pada Ogos 1, 2018 oleh .

Sebelum ini, kami berkongsi yang mana Monolith Soft akan melancarkan DLC buat permainan Xenoblade Chronicles 2 iaitu Torna – The Golden Country pada 14 September ini.

Kini, Nintendo melancarkan trailer baru sempena pelancaran DLC tersebut bulan hadapan yang mana ia memaparkan sebilangan watak Blade baru bersama-sama watak dari siri pertama Xenoblade Chronicles.

DLC ini memfokuskan kepada watak Jin dan juga tempat kelahiran beliau iaitu Torna dan berlaku 500 tahun sebelum penceritaan Xenoblade Chronicles 2 bermula.

Menariknya juga, melalui DLC ini, Monolith juga akan menyertakan watak blade baru seperti Crossette. Selain itu, dua watak dari permainan pertama Xenoblade Chronicles juga bakal tiba iaitu Shulk dan Fiora.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan DLC ini melalui kedai atas-talian Nintendo eShop bermula 14 September ini. Nintendo juga menyatakan bahawa mereka akan melancarkan edisi fizikal buat pernambahan ini secara berasingan pada 21 September kelak.

Xenoblade Chronicles 2 merupakan permainan JRPG yang memfokuskan dunia Alrest yang mana ia tidak mempunyai sebarang darat dan manusia perlu hidup di atas gergasi Titans. Permainan ini telah pun dilancarkan pada tahun lepas secara esklusif buat konsol Switch.


TIPS & ULASAN