Dengan pelancaran kemaskini terbaru NEXT buat permainan No Man’s Sky hujung minggu lepas, permainan tersebut mendapat semula sambutan oleh peminat dengan antara jumlah pemain tertinggi pada hujung minggu lepas.
Kini tampaknya, sambutannya melangkaui lebih dari itu dimana seorang peminat permainan tersebut, Roland Oberheim menghasilkan satu ilustrasi khas wajah Sean Murray iaitu pengasas bagi Hello Games, studio pembangun permainan tersebut.
Thanks @NoMansSky and @hellogames for making such an awesome game! #NoMansSky #NoMansSkyNEXT #PS4share pic.twitter.com/fpRzlTwFcL
— Roland Oberheim 🛸 (@RolandOberheim) July 28, 2018
Menurut beliau, ilustrasi tersebut dengan menggunakan imej asal sebagai panduan untuk menyusun tapak pembinaan melalui fungsi permainan No Man’s Sky.
Sememangnya ini merupakan satu penghormatan yang besar buat pembangun permainan tersebut, memandangkan pada awal pelancarannya ia mendapat kritikan berkenaan kandungannya yang sedikit. Kini setelah dua tahun, No Man’s Sky akhirnya mencapai visi asal permainan dan gembar-gembur peminat.
No Man’s Sky merupakan permainan penembak pandang pertama penerokaan alam terbuka. Ia telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan PC pada 2016 lepas. Minggu lepas juga, Hello Games melancarkan kemaskini terbaru bersama-sama dengan versi Xbox One.