Informasi Permainan Video Terkini
Sea Of Thieves Kini Mencapai 5 Juta Pemain – Jumlah Meningkat Sempena Pelancaran DLC Cursed Sails
PC

Sea Of Thieves Kini Mencapai 5 Juta Pemain – Jumlah Meningkat Sempena Pelancaran DLC Cursed Sails

Diterbitkan pada Ogos 1, 2018 oleh .

Semalam merupakan pelancaran DLC Cursed Sails buat permainan lanun dunia terbuka, Sea Of Thieves dan yang mana ia membuahkan hasil sehingga 5 juta pemain kini berdaftar buat permainan tersebut.

Namun, nilai jumlah pemain tersebut tidak bermakna permainan tersebut dijual dengan nilai yang sama memandangkan permainan Sea Of Thieves juga tersedia melalui langganan Xbox Game Pass.

Walaupun begitu, ianya merupakan satu nilai yang tinggi memandangkan permainan tersebut mendapat sambutan yang agak mengecewakan apabila ia dilancarkan awal tahun ini.

Sea Of Thieves adalah permainan pengembaraan dunia terbuka perkongsian dimana pemain akan mengawal sebagai seorang lanun. Pemain dan 3 lagi rakan lain, berupaya untuk memburu harta karun, berperang dengan lanun lain dan mengembara di dalam dunia terbuka tersebut sebagai lanun yang berlayar bersama kapal. Ianya merupakan permainan esklusif untuk Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN