Mobile Legends adalah permua berasaskan MOBA – pertempuran arena multi-pemain yang mana ia sangat terkenal di kalangan pemain permua di Malaysia ini. Kini, permua tersebut dilaporkan mencapai hasil pendapatan mencecah RM808 juta sejak pelancarannya 2016 lepas.
Menurut Jom Gaming melalui Sensor Tower – Malaysia adalah negara yang paling tinggi yang banyak berbelanja dalam permua ini. Pemain di Malaysia telah berbelanja melebihi RM170 Juta. Manakala di tangga kedua adalah Indonesia iaitu sebanyak RM154 Juta.
Data ini adalah berdasarkan dari awal pelancaran iaitu November 2016 sehingga 19 Julai 2018. Selain itu, pengguna Android dikatakan adalah antara penyumbang tertinggi kepada pendapatan ini – iaitu Android 79% dan iOS hanya 29%.
Sememangnya ini adalah nilai yang tinggi dan bukanlah mengejutkan. Memandangkan permua ini sangat diminati ramai oleh pemain di Malaysia termasuklah kemudahan untuk membeli kandungan permainan melalui kredit pra-bayar, sekaligus membuahkan hasil yang sangat memberansangkan buat pihak Moonton.