Informasi Permainan Video Terkini
Ibu Bapa Mula Melantik Jurulatih Untuk Melatih Anak Bermain Fortnite Secara Kompetitif

Ibu Bapa Mula Melantik Jurulatih Untuk Melatih Anak Bermain Fortnite Secara Kompetitif

Diterbitkan pada Ogos 1, 2018 oleh .

Fortnite kini adalah permainan pertempuran royale yang tular di seluruh dunia. Komuniti pemain semakin berkembang hari demi hari. Terdapat juga pertandingan dengan hadiah tunai wang tunai berjuta ringgit. Disebabkan itu, ibu bapa di Amerika Syarikat mula melantik jurulatih untuk melatih anak mereka bermain Fortnite secara kompetitif.

Menurut sumber, ibu bapa boleh menemui jurulatih ini di media sosial atau di web. Harga upah jurulatih adalah daripada $15-$20 (~RM61-RM81) satu jam atau $50 (~RM203) 3-4 jam.

Ibu bapa ini membayar jurulatih agar anak-anak mereka boleh bermain Fortnite pada peringkat yang melayakkan mereka untuk bertanding. Zaman sekarang adalah zaman e-sukan di mana bermain permainan video adalah kerjaya baru, jadi tidak hairan jika ada ibu bapa yang sanggup melabur untuk anak mereka.

Memandangkan arena e-sukan di Malaysia juga semakin berkembang, mungkin juga pada masa akan datang jurulatih permainan video akan menjadi satu kerjaya utama di Malaysia, bukan sahaja permainan Fortnite, malah permainan-permainan e-sukan yang lain.


TIPS & ULASAN