Informasi Permainan Video Terkini
DLC Battlefield 1 Apocalypse Kini Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma Bersama Kemaskini Baru
PC

DLC Battlefield 1 Apocalypse Kini Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma Bersama Kemaskini Baru

Diterbitkan pada Ogos 1, 2018 oleh .

Battlefield 1 adalah permainan penembak pandang pertama yang dibangunkan oleh DICE dan dilancarkan oleh EA. Permainan ini bertemakan perang pada zaman perang dunia pertama. Kali terakhir kita lihat EA membawa kemaskini dan memberi DLC percuma adalah pada tiga bulan lepas dengan kandungan “They Shall Not Pass“.

Kini, EA mengemaskini permainan perang ini dan juga menyertakan DLC Apocalypse secara percuma. Bagi anda yang ingin memuat-turun DLC tersebut, anda boleh berbuat demikian di pautan dibawah. Manakala berikut adalah kemaskini yang dilakukan oleh EA:

  • Sokongan 4K untuk Xbox One X
  • Pengalaman Pertempuran: beberapa kemaskini dan pembaikan.
  • Peta dan mod permainan: kemaskini untuk Shock Operations on Lupkow Pass, Zeebrugge, dan Prise de Tahure.
  • Kemaskini senjata, gajet dan kenderaan.
  • Bentuk permainan menerima penambah-baikkan.
  • Antaramuka dan pengalaman pengguna kini lebih baik, beberapa pilihan tambahan dan lebih kemas.

Jadi, jika anda adalah peminat kepada permainan perang ini – sebelum kehadiran Battlefield V, anda boleh nikmati dan mainkan Battlefield 1 dengan kemaskini ini terlebih dahulu.

Muat Turun PS4: DLC Percuma Battlefield 1 Apocalypse

Muat Turun Xbox One: DLC Percuma Battlefield 1 Apocalypse

Muat Turun PC: DLC Percuma Battlefield 1 Apocalypse


TIPS & ULASAN