Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Labo Terjual Sebanyak 1.39 Juta Unit Secara Global

Nintendo Labo Terjual Sebanyak 1.39 Juta Unit Secara Global

Diterbitkan pada Ogos 1, 2018 oleh .

Nintendo Labo untuk Variety Kit dan Robot Kit dikeluarkan secara rasmi pada 20 April lepas. Nintendo minggu ini mengumumkan setakat 30 Jun 2018, Nintendo Labo sudah terjual sebanyak 1.39 juta unit secara global.

Namun, Nintendo tidak menyatakan pecahan jualan antara Variety Kit dan Robot Kit. Tambah Nintendo pengguna yang membeli Nintendo Labo berpuas hati dengan apa yang ditawarkan.

Nintendo baru-baru ini mengumumkan set Labo terbaru iaitu Vehicle Kit akan dikeluarkan pada 14 September ini. Dengan pengeluaran set terbaru ini sudah semestinya akan meningkatkan lagi jumlah jualan. Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai Nintendo Labo, berikut adalah ulasan kami untuk Variety Kit.

Ulasan Nintendo Labo Toy-Con 01: Variety Kit – Pembinaan Menyeronokkan Tetapi Permainan Sangat Ringkas


TIPS & ULASAN