Informasi Permainan Video Terkini
Black Clover: Quartet Knights Mempertontonkan Trailer Untuk Watak Vanessa
PC

Black Clover: Quartet Knights Mempertontonkan Trailer Untuk Watak Vanessa

Diterbitkan pada Ogos 1, 2018 oleh .

Black Clover: Quartet Knights merupakan permainan memfokuskan bentuk pertempuran secara penembak pandang ketiga yang mana ia merangkumi serangan secara magis. Ia juga akan menyertakan perlawanan secara empat lawan empat yang mempunyai bentuk koperasi pasukan yang pelbagai dari segi taktikal.

Bandai Namco minggu ini mempertontonkan trailer untuk watak Vanessa yang merupakan Mage Knight di dalam skuad Black Bull. Di dalam permainan beliau merupakan watak jenis sokongan dan mempunyai kebolehan untuk mengeluarkan sawang.

Beliau dapat menarik lawan untuk bertempur secara dekat dan juga mempunyai keupayaan untuk memasang perangkap yang dapat memperlahankan lawan. Sebagai watak sokongan, beliau dapat meningkatkan kelajuan rakan dan juga menghalang daripada terbunuh.

Black Clover: Quartet Knight merupakan permainan yang berdasarkan siri anime Black Clover. Ia ditempatkan di dunia fantasi dimana kesemua manusia dilahirkan dengan kuasa magis, kecuali watak utama permainan tersebut, Asta yang mana beliau perlu bergantung kepada kuasa fizikal beliau. Ianya bakal tiba di Playstation 4 dan PC pada 14 September ini.


TIPS & ULASAN