Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Utama Pokemon Di Switch Mungkin Akan Dilancarkan Pada Penghujung 2019

Permainan Utama Pokemon Di Switch Mungkin Akan Dilancarkan Pada Penghujung 2019

Diterbitkan pada July 31, 2018 oleh .

Seperti yang kita sedia maklum, Nintendo kini sedang membangunkan permainan RPG atau siri utama baru buat Pokemon khas di Nintendo Switch yang mana sebelum ini ia diperacahkan akan tiba pada suku kedua 2019.

Kini tampaknya, kita mungkin perlu menanti dengan lebih lama untuk bermain permainan tersebut dimana menurut laporan terbaru oleh Nintendo Life, ketika laporan kewangan minggu ini, Nintendo menyatakan di dalam persembahan mereka bahawa permainan RPG Pokemon akan dilancarkan pada penghujung 2019 dan kenyataan tersebut ditemui oleh akaun Twitter Serebii.net.

Walaupun begitu, ini bukanlah sebarang penundaan mahupun penukaran tarikh memandangkan Nintendo tidak pernah mengumumkan sebarang tarikh pelancaran buat permainan tersebut.

Akan tetapi, sekurang-kurang dengan kenyataan ini, kita boleh menjangka bila masanya untuk permainan utama Pokemon bakal tiba di konsol Switch iaitu pada penghujung 2019.

Sekaligus buat peminat siri Pokemon yang lain, anda mungkin boleh bermain Pokemon: Let’s Go yang akan dilancarkan November ini untuk mengubati gembar-gembur permainan utama Pokemon di Switch.


TIPS & ULASAN