Skip to main content

Sebelum ini, kami berkongsi trailer permainan Warrior’s Orochi 4 yang memaparkan watak Zeus dan kini, Koei Tecmo akhirnya berkongsi bentuk permainan bagi watak Zeus dan juga watak baru dari mitologi yang sama, iaitu Athena.

Kedua-dua watak tersebut merupakan watak baru yang tiba khas buat permainan ini. Melaluinya, pemain berupaya untuk melakukan sebilangan serangan ikonik daripada watak mitologi tersebut seperti serangan kuasa elektrik dan sebagainya.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Koei Tecmo juga mengumumkan bahawa permainan ini akan menyertakan 170 watak yang boleh dimainkan. Bagi senarai penuh watak permainan tersebut, anda boleh melayari laman rasmi Warriors Orochi di sini. Menariknya daripada watak yang tersenarai, tampaknya masih ada lagi 3 watak yang belum diumumkan lagi oleh Koei Tecmo.

Warriors Orochi 4 akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan juga PC melalui Steam pada 16 Oktober ini.

Leave a Reply