Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Kedua Venom Dipertontonkan – Bakal Ditayangkan 5 Oktober Ini

Trailer Kedua Venom Dipertontonkan – Bakal Ditayangkan 5 Oktober Ini

Diterbitkan pada July 31, 2018 oleh .

Sony Pictures Entertainment hari ini mempertontonkan trailer kedua buat filem Venom yang mana sebelum ini, trailer pertamanya diperlihatkan pada April lepas.

Melalui trailer kedua ini, Sony Pictures Entertainment memperlihatkan sedikit sebanyak adegan baru bersama dengan kandungan penceritaan yang baru bersama musuh-musuh yang bakal Venom atau Eddie Brock tempuhi termasuklah musuh-mush Symbiote yang lain.

Menurut Sony, filem tersebut tidak akan berkait dengan filem Marvel Cinematic Universe seperti filem Avengers Infinity War. Malah, Sony menyatakan bahawa mereka akan menghasilkan Sony’s Marvel Universe mereka sendiri.

Venom merupakan filem terbaru oleh Sony Pictures dan berdasarkan komik adiwira Marvel. Ia bakal ditayang bermula 5 Oktober ini secara global.


TIPS & ULASAN