Tidak dinafikan bahawa permainan Fortnite sememangnya semakin terkenal sekarang ini dengan pelbagai kejayaan dan keuntungan yang diperoleh oleh Epic Games. Antaranya adalah dimana populariti Fortnite yang kini membuahkan hasil buat Epic Games bernilai RM32 bilion.

Ini juga bukan disebabkan permainan tersebut dilancarkan di platform konsol dan PC secara percuma, malah mereka juga melancarkan versi permua di iOS yang mana kini, ianya mencapai lebih dari 100 juta muat-turun.

Sejak pelancarannya secara rasmi April lepas, permua ini mendapat pelbagai sambutan yang meluas dan buat masa sekarang ianya masih lagi belum dilancarkan di Android. Namun, terdapat juga ura-ura versi Android akan tiba tidak lama lagi.

Pencapaian ini sememangnya adalah pencapaian yang tidak mengejutkan memandangkan permainan tersebut dilancarkan secara percuma dan sebelum ini juga kami melaporkan bahawa ianya menjana pendapatan RM8 juta sehari.

Namun begitu, kami percaya apabila Epic Games melancarkan Fortnite di Android kelak, mereka akan terus menjana pendapatan yang lebih tinggi buat permua tersebut.

Sohor Kini