Informasi Permainan Video Terkini
Konsol Nintendo Switch Kini Terjual Sebanyak 19.67 Juta Unit Setakat Ini

Konsol Nintendo Switch Kini Terjual Sebanyak 19.67 Juta Unit Setakat Ini

Diterbitkan pada July 31, 2018 oleh .

Kini melalui laporan kewangan Nintendo, mereka menyatakan bahawa konsol hibrid terbaru mereka, Switch telah mencapai hasil jualan sebanyak 19.67 juta unit. Sekaligus menjadikan hasil jualan untuk suku pertama tahun fiskal 2018/2019 adalah 2 juta unit kerana pada April lepas Switch mencatat jumlah jualan sebanyak 17.79 juta unit.

Menurut Nintendo, mereka masih mengekalkan sasaran untuk menjual konsol tersebut sebanyak 20 juta unit sepanjang tahun fiskal ini. Dengan kata lain, untuk baki tiga suku lagi mereka harus mencapai jualan sebanyak 18 juta unit.

Menariknya juga, Nintendo turut berkongsi senarai 10 permainan terlaku oleh mereka dimana Super Mario Odyssey masih lagi berada di tempat pertama.

  1. Super Mario Odyssey – 11.17 juta unit
  2. Mario Kart 8 Deluxe – 10.35 juta unit
  3. The Legend of Zelda: Breath of the Wild – 9.32 juta unit
  4. Splatoon 2 – 6.76 juta unit
  5. 1-2 Switch – 2.45 juta unit
  6. ARMS – 2.01 juta unit
  7. Kirby: Star Allies – 1.89 juta unit
  8. Xenoblade Chronicles 2 – 1.42 juta unit
  9. Donkey Kong Country: Tropical Freeze – 1.40 juta unit
  10. Mario Tennis Aces – 1.38 juta unit

Memang tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan ini adalah sangat memberangsangkan bagi pihak Nintendo. Tambahan juga, kami juga berasa sekarang adalah masa yang terbaik untuk mendapatkan Switch dimana kami berkongsi sebab-sebabnya di sesi Disk-Aksiz dibawah. Bagi anda yang berminat untuk menyertai kami di sesi perbincangan tersebut, anda boleh ke pautan dibawah.

Disk-Aksiz – Kenapa Sekarang Masa Yang Baik Untuk Memiliki Switch


TIPS & ULASAN