Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Berkongsi Trailer Watak Dari Bleach Buat Permainan Jump Force
PC

Bandai Namco Berkongsi Trailer Watak Dari Bleach Buat Permainan Jump Force

Diterbitkan pada July 31, 2018 oleh .

Sebelum ini, Bandai Namco menyatakan watak-watak dari siri anime Bleach bakal tiba buat permainan akan datang mereka iaitu Jump Force. Kini, mereka akhirnya berkongsi trailer rasmi bagi watak-watak tersebut.

Melalui trailer tersebut, Bandai Namco memaparkan watak Rukia, Ichigo dan Aizen yang mana mereka tampaknya bakal tiba dengan pelbagai serangan ikonik mereka daripada siri asal anime tersebut.

Sebelum ini, Bandai Namco juga berkongsi sebilangan bentuk permainan buat watak-watak dari siri anime lain seperti Dragon Ball, One Piece dan sebagainya. Mungkin juga pada masa akan datang mereka akan mengumum lagi watak-watak lain dari siri Jump dan apakah watak yang dinantikan anda?

Jump Force adalah permainan perlawanan yang memfokuskan watak-watak dari siri komik Jump. Ianya akan dilancarkan pada tahun 2019 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN