Nampaknya, tindakan Bandai Namco untuk terus menyokong permainan Dragon Ball Xenoverse 2 membuahkan hasil dimana kini, siri permainan tersebut iaitu Dragon Ball Xenoverse yang pertama dan Dragon Ball Xenoverse 2 telah diedarkan dan dijual secara digital lebih dari 10 juta salinan. Namun, pihak Bandai Namco tidak berkongsi nilai bagi sebarang nilai bagi setiap satu siri permainan tersebut.

Ini merupakan satu nilai yang sangat tinggi dan kami di Aksiz ingin mengucapkan tahniah buat Bandai Namco. Dengan pencapaian ini juga semestinya akan membuka lebih banyak kandungan dan kemaskini yang bakal tiba di permainan terkini buat siri tersebut iaitu Dragon Ball Xenoverse 2.

Dragon Ball Xenoverse merupakan permainan berdasarkan siri anime Dragon Ball Z yang mana ia memfokuskan bentuk multi-pemain dan keupayaan pemain untuk membina watak Dragon Ball mereka tersendiri. Permainan pertamanya dilancarkan pada 2015 lepas hampir di kesemua konsol dan diikuti dengan Dragon Ball Xenoverse 2 yang dilancarkan setahun kemudian di Playstation 4, Xbox One dan PC. Tahun lepas, permainan tersebut juga dilancarkan di Switch dan sejak pelancarannya, ia menerima pelbagai kemaskini seperti watak baru dan sebagainya. Tambahan juga, Bandai Namco juga menjanjikan lagi pelbagai kandungan baru bakal tiba buat permainan Dragon Ball Xenoverse 2.

Bagi anda yang meminati siri Dragon Ball, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini dan menyelami dunia Dragon Ball di dalam Dragon Ball Xenoverse 2.

Sohor Kini