Skip to main content

The Pokemon Company hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan filem seterusnya buat siri filem Pokemon, iaitu Pokemon The Movie: The Power Of Us. Menurut mereka, filem tersebut akan ditayangkan bermula penghujung tahun ini iaitu bermula 24 November ini untuk pawagam terpilih. Dari segi tayangan global, pihak The Pokemon Company tidak berkongsi sebarang informasi lanjut.

Melalui filem ini, Ash dan Pikachu sekali lagi akan mengembara di kawasan bandar yang baru dimana mereka perlu menyelematnya daripada dimusnahkan. Filem ini asalnya dirancangkan di Jepun sebelum sebagai filem Pokemon The Movie: Everyone’s Story.

Memandangkan sebelum ini, pihak Primeworks Studios dan Animonsta Studio membawa filem Pokemon The Movie: I Choose You! di pawagam Malaysia, kita mungkin juga bakal melihat filem ini ditayangkan di Malaysia pada masa akan datang.

Seperti biasa, kami akan berkongsi sebarang pengumuman berkenaannya sekiranya terdapat sebarang kemaskini.

Leave a Reply