Informasi Permainan Video Terkini
Digimon Survive Bakal Dilancarkan Secara Global – Bakal Tiba Di Playstation 4, Xbox One, Switch Dan PC

Digimon Survive Bakal Dilancarkan Secara Global – Bakal Tiba Di Playstation 4, Xbox One, Switch Dan PC

Diterbitkan pada July 31, 2018 oleh .

Sebelum ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan terbaru buat siri Digimon iaitu Digimon Survive tahun depan buat pasaran Jepun.

Kini, Bandai Namco akhirnya mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan tersebut secara global pada tahun yang sama.

Bersempena dengan ulang tahun ke-20 buat siri anime Digimon, Digimon Survive merupakan permainan yang memfokuskan pengembaraan baru buat sekumpulan remaja dimana mereka sesat ketika sesi perkhemahan sekolah mereka. Di saat itu, mereka secara tidak sengaja diangkut ke dunia Digital dan bertemu dengan pelbagai Digimon.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini akan memfokuskan penceritaan dengan pelbagai pengakhiran. Setiap jalan penceritaan permainan ini juga berkait rapat dengan pilihan yang dilakukan oleh pemain. Pilihan pemain tersebut juga akan mmeberi kesan terhadap evolusi Digimon tersebut.

Selain daripada itu, dari segi pertempuran, Bandai Namco menyatakan bahawa ianya akan memfokuskan bentuk strategi secara turutan dan Digimon juga berupaya untuk digivolve semasa pertempuran dengan melakukan sebilangan tugasan.

Digimon Survive akan dilancarkan secara global pada tahun hadapan buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam.


TIPS & ULASAN