Insomniac Games hari ini mengumumkan bahawa permainan Marvel’s Spider-Man telah pun berada di peringkat “Gone Gold” iaitu ia kini siap dibangunkan dan sedia untuk dipasarkan.
We are pleased to announce that #SpiderManPS4 has GONE GOLD for its worldwide release on September 7th. Thanks to @PlayStation and @MarvelGames for their support in the creation of this original Spider-Man adventure. pic.twitter.com/iD4mJmqGfK
— Insomniac Games (@insomniacgames) July 30, 2018
Melalui akaun rasmi Twitter mereka, Insomniac Games juga mengucapkan terima kasih buat Playstation dan Marvel dengan sokongan mereka buat pembangunan permainan tersebut.
Kami di Aksiz juga ingin mengucapkan tahniah buat Insomniac Games atas hasil usaha kerja mereka dan pastinya kami tidak sabar untuk bermain permainan Marvel’s Spider-Man September kelak dan anda boleh nantikan ulasannya apabila ia dilancarkan kelak.
Marvel’s Spider-Man merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Insomniac Games untuk Playstation 4 secara eksklusif dan ia akan dilancarkan pada 7 September 2018 ini. Bagi anda yang berminat, ianya kini boleh dipra-tempah melalui pengedar rasmi Playstation dan kedai atas-talian Playstation Store bermula dengan harga RM199. Sebelum ini, Sony juga mengumumkan edisi berkas bersama Playstation 4 juga bakal dilancarkan bersama.