Skip to main content

Vainglory merupakan salah satu permua berbentuk MOBA yang popular pada iOS dan juga Android. Malah, ia turut digunakan Apple dalam promosi peranti mereka terbaru memandangkan sokongan grafik dan permainan yang dibawakan oleh MOBA ini lebih baik berbanding beberapa MOBA lain di pasaran.

Vainglory

Terkini, selain hanya menawarkan permainan mereka untuk Android dan iOS, penerbitnya turut hadir dengan klien untuk Windows dan Mac. Buat masa ini, ia masih pada peringkat Alpha, namun pengguna yang berminat boleh memuat-turun dan mencubanya hari ini.

Pengguna sedia ada Vainglory turut boleh log masuk ke versi Windows dan Mac, dan memainkan ia bersama penggunaan tetikus pada skrin lebih besar.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Vainglory (Alpha) untuk Windows dan Mac hari ini.

[download]Muat-Turun Vainglory untuk Mac dan Windows[/download]

Leave a Reply