Arena kejohanan e-sukan boleh dikatakan sangat hangat diperkatakan dikalangan ramai sejak setahun dua ini, apatah lagi dengan pelbagai kejohanan dan pertandingan yang diadakan di Malaysia. Terkini, kerajaan negeri Perak turut dilihat berminat dengan arena ini, dan berhasrat untuk menganjurkan kejohanan e-sukan bertaraf kebangsaan pada tahun hadapan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Perak, mereka telah mempunyai sokongan dari segi perkakasan dan lokasi. Buat masa ini, mereka masih tidak menentukan peruntukkan untuk acara ini. Beliau mengatakan akan bertemu dengan berbincang dengan beberapa pihak dalam lebih memahami arena ini, sebelum menganjurkan kejohanan berkenaan.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai kejohanan e-sukan Perak ini dalam bulan-bulan akan datang kelak.

Sohor Kini