Monster Hunter World akhirnya akan tiba untuk PC pada Ogos nanti selepas sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada Januari lepas.
Menurut beberapa media dan pemain yang sudah mencuba permainan ini, mereka merumuskan Monster Hunter World memerlukan spesifikasi yang agak tinggi untuk kelancaran permainan tetapi mempunyai pilihan tetapan yang baik.
Melalui penulisan di forum Resetera, naib presiden pemasaran Capcom USA William Yagi-Bacon menjelaskan sebab permainan ini mempunyai penggunaan CPU yang tinggi. Beliau mengatakan untuk mengelakkan permainan tersebut memuat naik kandungan semasa sedang bermain, permainan ini akan memuat naik sepenuhnya pada awal-awal permainan.
Selain itu beliau juga mengatakan ada pelbagai perkara lain yang perlu diproses seperti interaksi antara raksasa, keadaan persekitaran dan pelbagai lagi yang memerlukan CPU walaupun ia tidak berlaku berhampiran dengan pemain.
Jika anda berniat untuk mendapatkan Monster Hunter World di PC pastikan anda mempunyai spesifikasi PC yang bersesuaian. Namun, dengan kebolehan untuk mengubah tetapan grafik, sudah semestinya boleh mencari tetapan yang terbaik.
Monster Hunter World akan dikeluarkan pada 10 Ogos 2018 di Steam dengan harga RM139
[info]Steam: Monster Hunter World[/info]