Skip to main content

Playerunknown’s Underground Battle atau PUBG, adalah permainan pertempuran royal. Ia menjadi popular terlebih dahulu sebelum Fortnite merampas takhta populariti daripada PUBG. Walaupun begitu, PUBG masih lagi mendapat jualan yang baik, seperti yang dilaporkan oleh SuperData.

Jualan PUBG pada bulan Mei dan Jun lalu mencecah $9.1 Bilion. Ini adalah peningkatan sebanyak 15% berbanding setahun lalu. Jun 2017 mereka hanya capai $7.9 Bilion. Walaupun begitu, mereka masih lagi mendapat penjualan salinan yang tinggi dimana Oktober lepas, mereka menjual sebanyak 4.7 juta salinan di Steam sahaja.

Tambahan itu, PUBG juga kini hadir buat konsol Xbox One bersama-sama dengan versi permua di iOS dan Android. Sekaligus versi ini meningkatkan lagi hasil pencapaian permainan tersebut sehingga 23%.

Adakah anda Team PUBG ataupun Team Fortnite? Jika anda adalah pemain PUBG, semestinya anda adalah salah seorang yang menjayakan jualan PUBG.

Leave a Reply