Nintendo Switch Online adalah satu perkhidmatan yang ditunggu-tunggu buat pemilik Nintendo Switch. Ia adalah satu perkhidmatan langganan tambahan yang disediakan oleh Nintendo dengan pelbagai fungsi menarik seperti membenarkan pemain bermain multi-pemain secara atas-talian. Terdapat pelbagai lagi servis lain yang disertakan dimana anda boleh membacanya di laporan kami sebelum ini melalui pautan ini.
Amazon kini sedia mengambil pra-tempahan buat langganan ini. Mereka menawarkan langganan tiga bulan dan juga tahunan. Harga yang Amazon tawarkan adalah tiga bulan pada $7.99 (~RM33) dan $19.99 (~RM82) setahun. Selain itu tawaran Nintendo turut menyertakan langganan bulanan pada $3.99 (~RM16) dan juga pakej keluarga untuk lapan orang pada $34.99 (~RM142) untuk setahun.
Sama-sama kita nantikan tarikh pelancarannya, yang dijangkakan bulan September kelak.