Informasi Permainan Video Terkini
Kempen Biayasama Permainan Tabletop The Expanse Berdasarkan TV Siri Kini Dilancarkan Di Kickstarter
Artikel Berkaitan

Kempen Biayasama Permainan Tabletop The Expanse Berdasarkan TV Siri Kini Dilancarkan Di Kickstarter

Diterbitkan pada July 26, 2018 oleh .

The Expanse adalah drama bersiri di televisyen yang boleh dikatakan popular. Ia adalah bertemakan angkasa lepas futuristik dan perlawanan antara makhluk asing. Kini, siri televisyen ini dibiayasama untuk set permainan atas meja (Tabletop) melalui Kickstarter.

Melalui laman biayasama Kickstarter, dana yang diminta adalah sebanyak $30,000 (~RM121,650). Ia sudah pun mencecah lebih $180,000 (~RM729,900) dan sedia untuk dihantar kepada pembiaya bermula November kelak. Untuk menerima sebuah set permainan ini, pembiayaan sebanyak $20 (~RM81) minima diperlukan. Ia turut menawarkan set istimewa dengan semua jenis set termasuk edisi khas pada harga sehingga $115 (~RM466).

Jadi jika anda seorang peminat permainan atas meja dan juga minat siri televisyen The Expanse – anda masih lagi boleh membiayai pada permainan ini dan berpeluang untuk mendapatkannya menjelang November ini.


TIPS & ULASAN