Steam Chat merupakan salah satu perkhidmatan berkomunikasi yang disediakan oleh Valve pada klien permainan Steam. Walaubagaimanapun, ciri berkenaan kurang popular digunakan ramai – memandangkan perkhidmatan alternatif seperti Discord menawarkan lebih banyak ciri-ciri menarik kepada para peminat permainan.
Hari ini, Valve cuba mengatasi masalah berkenaan dengan memperkenalkan Steam Chat serba baru.
Steam Chat baru ini hadir dengan sokongan sembang berkumpulan, multi-saluran untuk bersembang dengan rakan-rakan yang memainkan permainan seumpama anda, serta sokongan untuk komunikasi secara suara.
Pada masa yang sama, antaramuka Steam Chat juga dikemaskini dan tidak lagi seperti sebelum ini.
Bagi anda yang menggunakan Steam, boleh mengemaskini klien anda hari ini, dan menikmati ciri baru Steam Chat yang disertakan ini.
[info] Layari : Steam Chat [/info]Artikel ini telah diterbitkan terlebih dahulu di Amanz.