Menjelang acara Playstation Experience South East Asia (PSXSEA) 2018 yang semakin hampir Ogos ini, Playstation Asia minggu ini berkongsi yang mana mereka akan membawa permainan Sekiro: Shadow Die Twice yang diumumkan ketika E3 2018 lepas ke acara tersebut.

Yasuhiro Kitao, iaitu pengurus pasaran dari From Software menyatakan bahawa ketika acara PSX SEA 2018 Ogos ini, mereka akan mempertontonkan satu trailer esklusif khas yang akan ditayangkan di acara tersebut. Menurut beliau, trailer tersebut merupakan trailer bentuk permainan yang pertama kalinya akan dipertontonkan di acara tersebut buat permainan Sekiro: Shadow Die Twice.

Kami sendiri di Aksiz juga tidak sabar untuk melihat trailer terbaru Sekiro: Shadow Die Twice yang mana ia merupakan permainan yang dibangunkan oleh pembangun siri Dark Souls dan Bloodborne dan pastinya buat peminat diluar sana juga menanti-nantinya seperti kami.

Playstation Experience South East Asia (PSXSEA) 2018 merupakan acara tahunan Playstation yang di adakan khas di Asia Tenggara. Tahun lepas, Sony mengadakannya di Kuala Lumpur dan kini, PSX SEA 2018 kembali di Bangkok, Thailand pada 18 dan 19 Ogos ini. Bagi informasi tambahan termasuklah senarai tiket bagi acara terebut, anda boleh melayari pautan ini.

Sohor Kini