Blade Runner 2049 adalah siri kesinambungan daripada filem Blade Runner yang ditayangkan tahun 1982 lepas. Ia adalah filem sci-fi futuristik yang bertemakan ketengangan antara manuasia dan robot.

Kini, Next Games iaitu pembangun dari Finland telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permua berdasarkan filem ini dan ia akan hadir untuk Android. Next Games terkenal dengan permua The Walking Dead: No Man’s Land yang mana ia telah pun dilancarkan oleh mereka sebelum ini.

Laporan terbaru, permua Blade Runner 2049 akan hadir dalam bentuk beta terbuka terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Permua ini adalah permua RPG sci-fi yang mana ia akan memfokuskan pemain untuk mengumpul bahan bukti untuk mencari robot, atau lebih dikenali sebagai replicant penyangak di dalam siri Blade Runner seperti watak Rick Decard di dalam filem Blade Runner pertama.

Buat masa ini, permua ini dirancang untuk dilancarkan secara percuma bersama-sama dengan sokongan mikro-transaksi dengan pelbagai kandungan permainan.

Permua ini akan dilancarkan secara beta terbuka dahulu menurut Next Games dan mereka akan mengumumkannya kemudian untuk sebarang tarikh pelancaran dan juga tarikh beta tersebut.

Sohor Kini