Bersempena dengan ulang tahun pertama Fortnite hari ini, Epic Games melancarkan kemaskini terbaru dengan pelbagai ciri baru dan juga kandungan percuma buat permainan tersebut.

Antara kemaskini terbaru yang disediakan oleh Epic Games adalah cabaran yang baru dimana pemain berupaya untuk mendapatkan pelbagai barangan kosmetik baru jika pemain melakukan sebilangan cabaran bersempena dengan ulang tahun tersebut.

Antara cabarannya adalah pemain perlu menyerang musuh dengan nilai 1,000 mata nyawa hilang dan pemain akan meperoleh emoticon hari jadi khas buat watak permainan. Pemain juga turut boleh menari di mana-mana kek hari jadi yang terpapar dan menerima “Happy Birthday! Spray” atau juga jika bermain sebanyak 14 perlawanan, pemain akan menerima 5,000 XP. Akhir sekali, jika pemain menyelesaikan tiga cabaran pemain akan menerima aksesori khas Birthday Cake Bling.

Selain itu, mod Playground kini kembali dalam masa terhad. Epic Games juga menyertakan sebilangan kemaskini permainan lain termasuklah senjata SMG kompak baru dimana anda boleh membacanya di laman nota rasmi kemaskini permainan Fortnite dibawah.

Jadi, jangan tunggu lagi. Ayuh kita bertempur di medan pertempuran royal Fortnite dan mendapatkan kesemua set-set kosmetik ulang tahun khas ini.

Sohor Kini