Informasi Permainan Video Terkini
Figura Berkembar God Of War, Kratos Dan Atreus Oleh NECA Akan Tiba November Ini

Figura Berkembar God Of War, Kratos Dan Atreus Oleh NECA Akan Tiba November Ini

Diterbitkan pada July 25, 2018 oleh .

God Of War adalah permainan video terkini dari siri God Of War yang dilancarkan eksklusif untuk Playstation 4 dan mendapat pujian ramai dengan bentuk permainannya yang unik dan menarik.

Kini, NECA iaitu syarikat yang terkenal dalam menghasilkan figura aksi, bakal menjual pek berkembar khas figura God of War ini pada November kelak.

Melalui pek berkembar ini, NECA akan menyertakan figura khas bersaiz 7 inci Kratos bersama-sama dengan figura Atreus. Selain daripada itu, mereka juga akan menyertakan sebilangan aksesori tambahan seperti senjata Leviathan Axe bersama-sama dengan Blade Of Chaos.

Tambahan juga, bagi anda yang bermain permainan God Of War sebelum ini, anda pasti akan menghargai butiran terperinci yang dilakukan oleh NECA yang mana mereka juga menyertakan kepala Mimir di pinggan Kratos sebagai aksesori tambahan.

Buat masa ini, NECA masih belum sebarang harga rasmi buat pek berkembar ini, namun memandangkan pek figura solo Kratos sebelum dijual dengan harga $24 (~RM97) kami berasa pek ini akan lebih mahal dan mungkin akan tiba secara terhad.

Buat masa ini, ianya masih belum rasmi sama ada ia akan tiba buat pasaran Malaysia ataupun tidak, namun seperti biasa jika terdapat sebarang pengumuman, kami akan kongsikannya pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN