Jika di dalam PUBG ada air tin yang boleh diminum untuk menambah tenaga dan menjana nyawa – di dalam Fornite ada “Slurp Juice” yang turut memberi fungsi yang hampir sama. Sayang sekali, di sebabkan satu pepijat permainan, “Slurp Juice” ini dibuang daripada sebahagian barangan permainan yang pemain boleh dapatkan ketika bermain.

Mungkin terdapat pemain yang marah akan berkenaan pepijat ini yang menyebabkan pemain menjadi kebal, namun sememangnya ia merupakan satu bentuk permainan yang tidak adil sekaligus memberi kesukaran untuk pemain lain.

Dengan berlakunya perkara sedemikian, Epic Games mengambil keputusan untuk membuang barangan tersebut buat sementara waktu. Namun menurut mereka, “Slurp Juice” bakal hadir kembali selepas mereka membaiki isu ini.

Sohor Kini