Informasi Permainan Video Terkini
2K Menjadi Penerbit Untuk NBA Playgrounds 2 – Akan Dinamakan Semula Kepada NBA 2K Playgrounds 2
PC

2K Menjadi Penerbit Untuk NBA Playgrounds 2 – Akan Dinamakan Semula Kepada NBA 2K Playgrounds 2

Diterbitkan pada July 25, 2018 oleh .

NBA Playgrounds 2 merupakan permainan berdasarkan sukan bola keranjang yang lebih arked berbanding simulasi betul. Permainan ini dibangunkan oleh Saber dan diumumkan tertunda ke satu tarikh yang tidak ditetapkan lagi walaupun sepatunya dikeluarkan pada 22 Mei lepas.

Minggu ini, Saber tidak membuat pengumuman tarikh pengeluaran sebaliknya 2K akan menerbitkan permainan ini. 2K merupakan satu nama yang gah di dalam dunia penerbitan terutama untuk permainan sukan.

Mengikut permainan-permainan terbitan mereka yang lain seperti NBA 2K, MLB 2K dan WWE 2K, tampaknya NBA Playgrounds 2 turut dinamakan semula kepada NBA 2K Playgrounds 2. NBA 2K merupakan antara permainan popular untuk bola keranjang dan ini sudah semestinya membantu Playgrounds 2 untuk lebih dikenali.

Presiden Visual Concepts (syarikat pembangun 2K) Greg Thomas mengatakan Playgrounds 2 adalah permainan bola keranjang arked yang baik dengan menambah kualiti NBA 2K ia memberikan sesuatu yang baharu untuk pemain serata dunia.

Buat masa ini mereka tidak mengumumkan tarikh pengeluaran permainan ini sebaliknya mengatakan ia akan dikeluarkan pada suku keempat tahun ini. Permainan ini diumumkan untuk Playstation 4, Xbox One dan Switch.


TIPS & ULASAN