Informasi Permainan Video Terkini
Guacamelee! 2 Bakal Tiba Di Playstation 4 Dan PC Pada 21 Ogos Ini
PC

Guacamelee! 2 Bakal Tiba Di Playstation 4 Dan PC Pada 21 Ogos Ini

Diterbitkan pada July 25, 2018 oleh .

April lepas, Drinkbox Studios mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Guacamelee! 2 buat konsol Playstation 4 dan juga PC. Kini, mereka akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat permainan tersebut iaitu pada 21 Ogos ini.

Guacamelee! 2 adalah permainan aksi platformer  yang mana ia merupakan sekuel buat permainan Guacamelee! yang dilancarkan pada 2013 lepas di PC, Playstation 3 dan Playstation Vita.

Permainan ini memfokuskan budaya Mexico dan juga ia menyertakan bentuk koperasi yang menyokong sehingga empat pemain. Selain itu, Drinkbox Studios juga menyertakan pelbagai bentuk permainan baru dan juga pelbagai ketua musuh yang menarik.

Bagi anda yang meminati siri Guacamelee! jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini menjelang Ogos ini.


TIPS & ULASAN