Informasi Permainan Video Terkini
Commodore 64 Mini – Konsol Permainan PC Klasik Akan Dilancarkan Oktober Ini

Commodore 64 Mini – Konsol Permainan PC Klasik Akan Dilancarkan Oktober Ini

Diterbitkan pada July 24, 2018 oleh .

Commodore 64 adalah sebuah PC yang popular yang dilancarkan pada tahun 1982. Ia turut digelar sebagai The C64. Terkini, selepas 36 tahun, mereka hadir dengan versi mini yang memuatkan 64 permainan video klasik. Secara terus menjadikannya sebuah konsol permainan PC klasik.

Mengimbau kenangan pada tahun 1980-an, konsol ini menggunakan rekaan yang hampir sama dengan komputer The C64 pada zaman tersebut. Pada konsol ini, ia terbina papa kekunci, dua port USB-A dan juga turut menyertakan alat kawalan tambahan khas untuk multi-pemain.

Antara permainan video yang hadir dalam konsol ini adalah California Games, Winter Games, Impossible Mission II, Boulder Dash, Jumpman dan banyak lagi. Pemain turut boleh menggunakan konsol ini sebagai papan kekunci klasik pada komputer. Lebih menarik, jika anda seorang yang pandai dalam pengaturcaraan – C64 BASIC  adalah perisian terbina di dalam konsol ini untuk membangunkan program tersendiri.

Selepas diumumkan pada tahun lepas, akhirnya setahun kemudian ia akan mula dijual bermula 9 Oktober 2018 pada harga hanya $69.99 (~RM285) sahaja.


TIPS & ULASAN