Steam adalah satu platform permainan video yang boleh dikatakan universal yang mana aa hadir untuk linux, Windows dan juga MacOS. Valve, pemilik Steam juga turut rajin membuat promosi jualan permainan seperti promosi Steam Summer Sales.

Hari ini, pengeluar permainan HeroCraft mengumumkan dimana Odysseus Kosmos and his Robot Quest: Episod Pertama boleh dimuat turun secara percuma.

Odysseus Kosmos and his Robot Quest adalah permainan video ala retro dengan grafik pixelated. Ia adalah satu permainan simulasi dengan pelbagai aksi seperti penyelesaian tekaria, permainan dengan tahap yang tidak menjengkelkan, pelbagai lokasi untuk diterokai dan juga mempunyai antaramuka yang intuitif.

Odysseus Kosmos and his Robot Quest juga bertemakan kapa angkasa. Di mana pemain adalah watak yang terkandas di kapal angkasa. Satu kumpulan telah pun mulakan ekspedisi beberapa tahun lalu, sistem kapal angkasa bermasalah dan terdapat makhluk halus berkeliaran – dan terdapat satu lubang hitam di angkasa yang akan menyebabkan masalah tidak lama lagi. Jadi untuk pulang ke bumi, pemain perlu selesaikan tekaria dan mengalami pelbagai aksi.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh muat-turunnya sekarang melalui laman Steam dibawah.

Muat Turun: Odysseus Kosmos and his Robot Quest: Episod Pertama Secara Percuma Di Steam

Sohor Kini