Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Mungkin Akan Meneruskan Lagi Siri Mega Man Dengan Mega Man X9

Capcom Mungkin Akan Meneruskan Lagi Siri Mega Man Dengan Mega Man X9

Diterbitkan pada July 23, 2018 oleh .

Satu hari sahaja lagi di mana Mega Man X Legacy Collection 1 dan 2 bakal tersedia untuk dimainkan di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Kini, tampaknya Capcom mungkin akan membawa permainan Mega Man X seterusnya pada masa akan datang.

Di Jepun,  salinan fizikal permainan ini telah pun dijual awal satu hari dan seorang pemain menemui satu perkara yang mengejutkan – di dalam salinan fizikal tersebut terdapat satu buku kecil yang mana Capcom memperacahkan pertempuran Mega Man X masih belum lagi tamat.

Ini bermakna, mungkin akan terdapat satu siri kesinambungan buat siri Mega Man X. Adakah ia Mega Max X9? Atau mungkin siri istimewa yang lain?

Namun, masih awal lagi untuk kami membuat sebarang spekulasi, dan bagi anda yang meminati siri Mega Man X, anda mungkin berminat untuk mendapatkan Mega Man X Legacy Collection esok – dan hanya fikir mengenai kesinambungan ini selepas Capcom umumkan secara rasmi.


TIPS & ULASAN