Informasi Permainan Video Terkini
Valve Mengharamkan 90 Ribu Akaun Dalam Masa Seminggu Kerana Menipu
PC

Valve Mengharamkan 90 Ribu Akaun Dalam Masa Seminggu Kerana Menipu

Diterbitkan pada July 23, 2018 oleh .

Valve Anti-Cheat (VAC) merupakan perisian yang dibangunkan oleh Valve untuk mengawal penipuan di dalam permainan mereka seperti Counter-Strike: Global Offensive dan Team Fortress 2 terdapat juga permainan dari pihak ketiga yang menggunakannya. Setakat ini ada lebih 300 permainan menggunakannya.

Berdasarkan laporan SteamDB.info minggu ini jumlah akaun yang diharamkan meningkat dengan secara mendadak. Pada minggu lepas, hari Rabu terdapat 28 ribu akaun di haramkan manakala pada hari Khamis lebih 61 ribu akaun di haramkan.

Valve mengamalkan polisi tegas, akaun yang diharamkan boleh dikatakan akan sepenuhnya tidak boleh digunakan tetapi untuk permainan yang diharamkan sahaja.

Namun buat masa ini tiada maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh Valve ataupun mana-mana syarikat pembangun mengenai pengharaman mendadak ini dan tidak dapat dipastikan permainan apa yang terjejas.


TIPS & ULASAN