Skip to main content

Shark Week di sambut sedunia pada 22 Julai dan bersempena ini Fortnite turut menyambutnya dengan menawarkan kostum dan emote khas bertema jerung.

Kostum dan emote ini boleh dibeli menggunakan V-Bucks iaitu mata wang maya untuk Fortnite. Untuk kostum dan juga beg ia ditawarkan dengan harga 2,000 V-Bucks.

Manakala alat untuk menuai ditawarkan dengan harga 1,500 V-Bucks. Emote yang mempunyai animasi seakan menangkap ikan ditawarkan dengan harga 800 V-Bucks.

Dengan kata lain untuk mendapat keseluruhan set ini ia memerlukan 4,300 V-Bucks. Jika mengikut harga V-Bucks di PlayStation Store, anda perlu berbelanja RM180 untuk membeli 6,000 V-Bucks dan turut diberikan 1,500 secara percuma. Kesemua kostum ini ditawarkan sehingga 10 pagi esok.

Kostum ini adalah sekadar kosmetik sahaja dan tidak memberikan sebarang kelebihan. Ia sudah semestinya akan memberikan penampilan yang unik untuk anda akan tetapi dengan harga yang mahal adakah ia berbaloi?

Leave a Reply