Skip to main content

Middle-earth: Shadow of War baru sahaja menjadi topik perbualan apabila permainan tersebut kini sepenuhnya tidak mempunyai sebarang mikro-transaksi.

Permainan ini sudah dijual dengan harga yang murah di Steam iaitu RM 105, akan tetapi sehingga 11 malam ini ia ditawarkan dengan potongan harga 66% iaitu RM35.70 sahaja.

Selain itu permainan ini juga menawarkan demo yang boleh dimuat-turun secara percuma. Melalui demo ini anda boleh mengembara dan melakukan kesemua misi yang terdapat di rantau Nûrn iaitu sebahagian daripada beberapa rantau di dalam permainan ini.

Demo ini juga ditawarkan untuk PS4 akan tetapi PlayStation Store masih menjual permainan ini dengan harga RM 269 dan tidak mempunyai sebarang promosi.

[download]Demo – Middle-earth: Shadow of War[/download]

Leave a Reply