Informasi Permainan Video Terkini
Bentuk Permainan Dan Fungsi Pengubah-Suaian Watak SNK Heroines: Tag Team Frenzy Dipertontonkan

Bentuk Permainan Dan Fungsi Pengubah-Suaian Watak SNK Heroines: Tag Team Frenzy Dipertontonkan

Diterbitkan pada July 23, 2018 oleh .

NIS America minggu ini mempertontonkan trailer terbaru buat permainan SNK Heroines: Tag Team Frenzy yang mana mereka memperlihatkan bentuk permainan bersama-sama sebahagian daripada penceritaan permainan tersebut.

Melalui trailer di atas, NIS America memperlihatkan sebilangan bentuk permainan perlawanan antara dua lawan dua dalam bentuk giliran. Selain itu, pemain berupaya menggunakan barangan tambahan yang tersedia di dalam setiap kawasan perlawanan. Pemain juga berupaya untuk menggunakan serangan kuat dengan mengumpul tolok kuasa melalui permainan tersebut.

Menariknya, permainan ini mempunyai bentuk pengubah-suaian watak dimana lebih dari 140 aksesori pemain boleh pakaikan buat setiap watak permainan. Uniknya, permainan ini juga menyertakan sesi fotografi buat watak-watak permainan tersebut yang mana pemain boleh mengambil foto dengan pelbagai latar belakang dan gaya yang menarik dengan watak-watak wanita tersebut.

Berikut merupakan senarai kesemua watak yang bakal tiba buat permainan tersebut yang mana mereka merupakan watak-watak daripada francais permainan SNK:

  • Athena Asamiya
  • Kula Diamond
  • Mai Shiranui
  • Nakoruru
  • Leona Heidern
  • Yuri Sakazaki
  • Shermie
  • Sylvie Paula Paula
  • Zarina
  • Love Heart
  • Mian
  • Luong
  • Mui Mui

SNK Heroines Tag Team Frenzy merupakan permainan perlawanan secara berkumpulan berdasarkan watak-watak wanita daripada siri permainan SNK. Permainan ini akan dilancarkan pada 7 September ini khas di konsol Playstation 4 dan Switch.


TIPS & ULASAN