Brawlout, iaitu permainan perlawanan yang diinspirasikan daripada Super Smash Bros dan dibangunkan oleh Angry Mob Games kini diumumkan bahawa ianya bakal tiba buat konsol Playstation 4 pada 21 Ogos ini.

Brawlout sebelum telah pun dilancarkan di Nintendo Switch dan PC melalui Switch yang mana ia mendapat pujian ramai dengan bentuk permainannya yang menarik dan menyeronokkan.

Menariknya, bersempena dengan pengumuman versi Playstation 4 ini, Angry Mob Games mengumumkan bahawa mereka akan membawa watak tetamu iaitu Yooka-Laylee khas di dalam permainan ini. Sebelum ini, mereka juga telah pun membawa watak Hyper Light Drifter dan Juan dari Guacamelee!.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan Brawlout, ianya bakal tiba secara digital dan fizikal melalui pengedar rasmi permainan ini bermula 21 Ogos ini.

Sohor Kini