Skip to main content

Sebelum ini, Capcom dan Nintendo mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Monster Hunter Generations Ultimate buat konsol Switch pada 28 Ogos ini dan kini, mereka mengumumkan bahawa kandungan khas daripada permainan The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild bakal tiba buat permainan tersebut.

Melaluinya, pemain berupaya untuk mendapatkan kostum khas Champion’s Tunic daripada watak Link yang mana ia mempunyai rekaan berwarna biru bersama-sama dengan senjata Master Swords dan perisai Hylian. Capcom juga akan menyertakan kostum Korok khas buat Palico pemain.

Selain daripada itu, Capcom juga tampaknya akan menyertakan kostum Toon Link buat Palica bersama-sama dengan kostum klasik Link. Namun buat masa ini, Capcom dan Nintendo masih belum mengumumkan bahawa kostum ini akan tiba secara berbayar ataupun secara percuma.

Monster Hunter Generations Ultimate merupakan versi lengkap Monster Hunter Generations yang dilancarkan di konsol mudah-alih Nintendo 3DS sebelum ini. Ianya bakal tiba pada 28 Ogos ini khas di konsol Switch.

Leave a Reply