Bersempena dengan ulang tahun ke-90 buat watak ikonik dari Disney, Mickey Mouse, Square-Enix berkongsi satu trailer khas yang mempertontonkan sebahagian adegan-adegan watak Mickey Mouse di dalam siri Kingdom Hearts.
Mickey Mouse merupakan watak ikonik dan juga maskot utama Disney yang mana ianya dihasilkan pada tahun 1928. Trailer ini juga dipertontonkan ketika acara Comic Con San Diego bersama-sama dengan peminat ketika panel D23.
Kingdom Hearts merupakan siri permainan kolaborasi antara Disney dan Square-Enix yang mana ia mengadungi pelbagai watak daripada siri Disney dan juga watak-watak dari francais Square-Enix.
Terkini, Kingdom Hearts 3 iaitu permainan aksi pengembaraan seterusnya oleh Square-Enix yang mana ia bakal dilancarkan pada 29 Januari 2019 ini khas di Playstation 4 dan Xbox One.