Skip to main content

Sebelum ini, ConcernedApe berkongsi bentuk beta buat mod multi-pemain bagi permainan Stardew Valley. kini ConcernedApe akhirnya mengumumkan bahawa mod tersebut akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Ogos ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, mod ini akan membenarkan pemain lain untuk berada di kebun pemain utama dan menolong dan membantu sesama pemain. Pemain utama juga perlu membina kabin khas untuk pemain lain jika mereka ingin menjemput pemain lain melalui mod multi-pemain ini.

Secara rasminya, kemaskini ini akan tiba secara percuma buat pemain yang memiliki Stardew Valley di PC. Namun menurut ConcernedApe, mod multi-pemain buat versi konsol akan tiba pada masa akan datang.

Stardew Valley merupakan pemainan simulasi perkebunan yang memfokuskan pemain berkebun, berinteraksi dengan penduduk kampung dan sebagainya. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Leave a Reply