Informasi Permainan Video Terkini
Senarai Tiket Playstation Experience SEA 2018 Diumumkan – Mula Dijual 25 Julai Ini

Senarai Tiket Playstation Experience SEA 2018 Diumumkan – Mula Dijual 25 Julai Ini

Diterbitkan pada July 21, 2018 oleh .

Sebelum ini, Sony mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali acara Playstation Experience SEA (PSX SEA 2018) pada tahun ini di Bangkok, Thailand. Kini, pihak Sony akhirnya berkongsi senarai tiket buat acara tersebut bersama harga. Menariknya mereka juga menyertakan sebilangan barangan secara bersama mengikut jenis tiket.

Berikut merupakan harga dan jenis tiket yang tersedia buat acara PSX SEA 2018 ini yang mana antaranya adalah:

  • Tiket VIP – 600฿(~RM74) untuk sehari. Melalui tiket ini, pelawat dibenarkan masuk seawal 10 pagi disertakan bersama T-shirt esklusif, 100฿ baucar permainan dan barangan lain. Tiket ini hanya boleh dibeli secara atas-talian sebelum acara tersebut melalui laman Thai Ticket Major. Ia akan mula dijual bermula 25 Julai ini jam 1 petang.
  • Tiket Tengah hari – 200฿(~RM24) untuk sehari. Melalui tiket ini, pelawat dibenarkan masuk pada 2 petang dan disertakan 100฿ baucar permainan.
  • Tiket Petang – 100฿(~RM13) untuk sehari. Melalui tiket ini, pelawat dibenarkan masuk pada 6 petang dan disertakan 100฿ baucar permainan.

Untuk sebarang informasi lanjut, kami akan kongsinya pada masa akan datang bersama sebarang pengumuman permainan yang bakal tiba.

Playstation Experience SEA 2018 merupakan acara tahunan oleh Sony di Asia Tenggara yang mana mereka berkongsi sebilangan demo permainan baru bersama-sama dengan pengumuman permainan. Acara tersebut akan berlangsung pada ada 18 hingga 19 Ogos di GMM Live House, Bangkok, Thailand.

sedang dikemaskini


TIPS & ULASAN