Informasi Permainan Video Terkini
5 Permua Yang Anda Boleh Main Di Dalam Komuter
Artikel Berkaitan

5 Permua Yang Anda Boleh Main Di Dalam Komuter

Diterbitkan pada July 23, 2018 oleh .

Menaiki komuter adalah salah satu pilihan kenderaan awam. Di dalam komuter kebiasaannya, sambungan internet akan terputus kadang kala – ini akan menjadikan hari anda mungkin sedikit bosan atau hambar jika perjalanan di dalam komuter anda mengambil masa yang lama. Oleh itu, kami di Aksiz ingin menyadangkan lima permua yang sesuai untuk dimainkan ketika anda berada di dalam komuter.

1. Monument Valley 2

Monument Valley 2 adalah permua tekaria dengan ilustrasi optikal yang mengelirukan. Secara asasnya, untuk bermain anda perlu melihat grafik permua tersebut pada sudut berbeza. Selain itu anda turut memerlukan berfikir di luar kotak untuk menyelesaikan tekaria yang disediakan. Permua ini adalah salah satu kegemaran saya dan ia sesuai untuk dimainkan di mana sahaja. Untuk versi Android ia dijual pada RM19.99, manakala pada versi iOS RM19.90.

Beli Monument Valley 2 di Google Play Store

Beli Monument Valley 2 di Apple App Store

2. Super Mario Run

Super Mario Run adalah permua Mario rasmi pertama Nintendo. Ia adalah permainan Mario klasik dengan grafik 3D dan pengembaraan yang lebih banyak dan baru. Visual grafik permua Super Mario Run ini mengekalkan visual seakan New Super Mario Bros. yang sebelum ini dilancarkan di konsol Nintendo. Dengan kesan bunyi klasik, musuh-musuh yang pasti anda kenal, kawalan permainan lompat dan juga kuasa apabila menerima cendawan. Lebih menarik, permua ini boleh dimainkan dengan kawalan hanya satu tangan dan satu jari. Peminat Mario pasti gemar akan permua ini.

Muat Turun dan Cuba Super Mario Run di Google Play Store

Muat Turun dan Cuba Super Mario Run di Apple App Store

3. Asphalt 9

Permua lumba kereta di dalam telefon pintar terdapat banyak pilihan. Antara yang popular adalah siri Asphalt. Terbaru dari pembangun Gameloft adalah Asphalt 9. Asphalt 9 adalah siri Asphalt selepas Asphalt 8 yang sudah bertahun berada di pasaran. Dengan kehadiran Asphalt 9 ia membawa grafik yang sedikit ditambah baik, peta litar baru dan juga beberapa kereta mewah yang boleh dikumpul dan juga dibeli. Permua ini boleh dimainkan baik dalam atau luar talian. Ia sebenarnya sudah diumumkan beberapa bulan yang lalu, hanya kini ia boleh dimuat turun di Malaysia.

Muat Turun Asphalt 9 di Google Play Store

Muat Turun Asphalt 9 di Apple App Store

4. Pokemon Quest

Permua Pokemon yang paling popular adalah permua pengembaraan berdasarkan realiti gabungan – Pokemon Go. Sejak ia dilancarkan, ramai mula main untuk mencari, menangkap dan mengumpul pelbagai spesis Pokemon. Tetapi ia perlu berjalan ke satu lokasi ke lokasi yang lain. Kemudian, Pokemon Quest pula dilancarkan. Ia adalah permua mengumpul spesis Pokemon. Ia seperti permainan Pokemon yang klasik terdahulu – cuma ia kini lebih ringkas dan mudah dimainkan.

Muat Turun Pokemon Quest di Google Play Store

Muat Turun Pokemon Quest di Apple App Store

5. Hitman Sniper

Permua ini adalah salah satu permua kegemaran saya sendiri. Ia adalah permainan tembak menembak menggunakan senapang jarak jauh (sniper). Bentuk permainannya yang ringkas dengan dimana pemain tidak berupaya untuk bergerak sekaligus ia menjadikan permua ini mencabar. Dengan melengkapkan misi dan cabaran juga, pemain berupaya untuk menyah-kunci beberapa senapang baru dan juga menaik-taraf peringkat permainan. Lebih menarik, permua ini turut mempunyai mod zombi. Di mana pemain perlu menembak zombi yang datang menyerang mangsa yang anda perlu selamatkan. Harganya agak murah, hanya RM0.90 untuk iOS dan RM1.90 untuk Android.

Beli Hitman Sniper di Google Play Store

Beli Hitman Sniper di Apple App Store


Jadi, ini adalah lima permua pilihan saya dimana kelima-lima permua tersebut sentiasa terpasang di peranti-peranti saya. Sememangnya permua tersenarai di atas turut saya mainkan ketika berada di dalam komuter sewaktu dalam perjalanan untuk ke kerja.

Apakah pendapat anda mengenai permua-permua ini? Jika anda mendapat sebarang cadangan permua lain ataupun bersetuju dengan senarai ini, anda boleh meninggalkan komen dibawah.


TIPS & ULASAN