Skip to main content

Enter the Gungeon merupakan permainan shoot ’em up roguelike yang dikeluarkan pada tahun 2016 untuk PC dan Playstation 4 sebelum tiba untuk Xbox One dan Switch pada tahun lepas.

Pembangun permainan ini Dodge Roll minggu ini mengeluarkan penambahan baharu yang dipanggil Advanced Gungeons & Draguns. Penambahan ini diberikan secara percuma dan akan menjadi versi utama untuk permainan ini.

Menurut mereka penambahan ini memfokuskan kandungan dan keseimbangan permainan. Antara yang perkara baharu yang ditambah adalah kadar jatuh barangan di dalam permainan adalah lebih baik dan akan memudahkan permainan ini terutama untuk pemain yang baru bermain.

Mereka juga menambah hampir 500 synergies iaitu sistem di dalam permainan ini yang menghasilkan pelbagai pengikut, senjata dan juga kuasa yang lebih berkuasa dan memberikan pengalaman berlainan untuk pemain.

Selain itu terdapat juga perubahan dari segi pertempuran dan bentuk permainan seperti kebolehan untuk bergerak dengan lebih pantas semasa di luar pertempuran dan juga penambahan penjahat dan juga lokasi.

Akhir sekali mereka juga menambah 2 ketua musuh dan 1 ketua musuh sampingan. 2 ketua musuh baharu adalah untuk pemain yang mempunyai tahap yang tinggi dan tersorok sehingga pemain menjumpai mereka.

Penambahan ini sudah semestinya membawa nafas baru untuk Enter the Gungeon. Jika anda sudah lama tidak bermain, ini adalah masa yang sesuai untuk bermain kembali. Jika anda tidak memilikinya lagi anda boleh dapatkan di hampir kesemua platform utama dan sekarang dijual dengan potongan 50%.

[info]Steam: Enter the Gungeon[/info] [info]Nintendo: Enter the Gungeon[/info]

Leave a Reply