Skip to main content

Hari ini, selain daripada kotak misteri Call of Duty: Black Ops 4 diumumkan – adegan “Blood of The Dead” juga turut dipertontonkan oleh Activision melalui laman YouTube Call Of Duty yang memperlihat sebahagian daripada permainan Call Of Duty: Black Ops 4 mod zombi.

Berdasarkan adegan di atas, empat watak yang tidak bertuah perlu bertempur dengan zombi untuk hidup. Berbeza dengan siri sebelum ini, watak-watak ini akan melepaskan diri dari penjara dan bukannya dari kapal atau koliseum kuno.

Jika anda adalah peminat siri Black Ops, anda akan sedar adegan ini berada di Alcatraz – iaitu peta daripada kandungan DLC Black Ops 2. Sama ada ia adalah peta yang sama atau tidak masih belum diketahui. Oleh itu, sama-sama kita nantikan kehadiran Black Ops 4 pada Oktober kelak.

Leave a Reply