Informasi Permainan Video Terkini
Kasut Adidas Bertemakan Dragon Ball Z Tertiris – Rekaan Berdasarkan Watak Cell

Kasut Adidas Bertemakan Dragon Ball Z Tertiris – Rekaan Berdasarkan Watak Cell

Diterbitkan pada July 20, 2018 oleh .

Jika sebelum ini PUMA mula menjual kasut mereka yang bertemakan Sonic manakala FILA melancarkan kasut bertemakan Pokemon, kini giliran adidas dan mereka menghasilkan kasut bertemakan Dragon Ball Z.

Rekaan pertama siri kasut yang dinamakan Dragon Ball Z x adidas Prophere ini ditiriskan oleh Sneaker News dan tampaknya rekaan tersebut adalah berdasarkan watak Cell.

Rekaan kasut seperti nama adalah berdasarkan siri adidas Prophere, dan seperti Cell warna utama yang digunakan adalah hijau dan ungu. Rekaan luar tidak sangat memperlihatkan Dragon Ball Z akan tetapi pelapik kasut jelas mempunyai logo Dragon Ball Z.

Kemungkinan besar ini hanyalah satu daripada beberapa rekaan berbeza untuk siri kasut ini dan kami semestinya tidak sabar untuk melihat rekaan lain. Apa pendapat anda dengan rekaan kasut Cell ini?


TIPS & ULASAN