Star Wars: Clone Wars adalah siri animasi Star Wars dari Lucasfilm. Siri animasi ini mengubah dunia Star Wars dengan memperkenalkan pelbagai watak baru, lokasi, aksi dan juga agenda. Terkini, siri animasi ini akan kembali dalam musim ketujuh.
Pada awalnya, pengakhiran buat siri Clone Wars adalah pada klimaks musim kelima. Di mana saat sebelum bermulanya Revenge of the Sith. Sepatutnya, adengan tersebut adalah penyatuan Ahsoka Tano dengan Anakin Skywalker dalam satu pengembaraan terakhir membebaskan Mandalore daripada penaklukan Darth Maul.
Pada acara San Diego Comic-Con baru-baru ini, mereka mengumumkan di mana adengan siri Clone Wars adalah berdasarkan kisah pengepungan Mandalore.
Siri ini akan ditayangkan melalui platform penstriman Disney akan datang bermula tahun 2019. Ia akan mengandungi sebanyak 12 episod.